eTernak simpan semua rekod ladang dalam telefon — berat, vaksin, kawin, jualan, belanja. Pagi buka app, terus nampak apa perlu dibuat hari tu. Hujung bulan, untung rugi dah siap kira. Tak payah buku 555, tak payah Excel tiga versi.
Untung Bulan Ini
RM 4,820
Ternakan Hidup
142
Trend jualan
Dibina di Malaysia, ikut cara penternak Malaysia kerja — dari 12 ekor kambing sampai reban beribu ayam
Anda mesti pernah lalui
Buku rekod tinggal dalam kereta. Excel ada tiga versi, semua tak sama. Pemborong tanya harga, kita belek WhatsApp sepuluh minit. Hujung tahun nak kira untung, resit tinggal separuh. Bukan sebab malas — kerja ladang memang tak pernah habis, mana ada masa nak kemaskan rekod.
Macam mana ia jalan
Kambing, lembu, bebiri — rekod seekor-seekor dengan tag. Ayam atau ikan — rekod ikut kawanan, tak payah kira sekor-sekor.
Habis timbang, terus taip berat. Lepas cucuk vaksin, tanda siap. Semuanya dari telefon, dalam kandang, tangan sebelah.
Berat naik ke tak, kumpulan mana untung, bila dijangka beranak — sistem yang kira. Anda tengok, pastu buat keputusan.
Apa yang ada
Setiap ciri ni ada sebab ia wujud — sebab penternak perlukannya, bukan sebab nampak canggih.
Buka app pagi-pagi, terus nampak: tugasan tertunggak, vaksin hari ni, sijil mana nak luput, ubat mana nak expired. Tak payah ingat sendiri.
Rekod tarikh kawin, sistem kira sendiri bila dijangka beranak — kambing 150 hari, lembu 283. Masuk terus dalam kalendar, dengan salasilah anak sekali.
Setiap kali timbang, trend berat terus nampak. Mana membesar laju, mana lembab — tahu awal, sempat ubah makanan.
Jual seekor atau sepuluh, invois PDF terus keluar. Tekan satu butang, hantar ke WhatsApp pelanggan. Ada mod POS untuk jualan kaunter laju-laju.
Untung setiap kumpulan dikira sendiri, hitam atas putih. Nak mohon pembiayaan Agrobank/TEKUN? Satu klik, keluar laporan kemas sedia hantar.
Kedai sendiri di alamat sendiri, pembeli order terus. Musim korban, buka tempahan ikut bahagian — lembu 7 bahagian, deposit, siap sijil untuk pewakil.
Untung rugi setiap kumpulan
Setiap kumpulan ternakan ada kira-kiranya sendiri. Kos beli, makanan, ubat — tolak. Jualan — campur. Yang tinggal tu untung sebenar. Bukan untung rasa-rasa.
Yang penting: anda nampak awal. Kumpulan yang makan duit tu, anda tahu masa masih sempat buat sesuatu — tukar makanan, jual awal, atau tak ulang batch macam tu lagi. Bukan bila dah hujung tahun, dah terlambat.
Angka contoh sahaja
Untuk siapa
Setiap ekor ada nilai, jadi setiap ekor ada rekod — berat, vaksin, kawin, anak siapa, harga berapa. Bila pembeli tanya pasal seekor, semua jawapan dalam telefon.
500 ekor ayam takkan nak rekod sekor-sekor. Rekod ikut kawanan — masuk berapa, mati berapa, jual berapa, telur berapa. Untung batch keluar sendiri.
Program Pioneer
eTernak baru siap dibangunkan, dan kami cari 10 penternak pertama untuk guna betul-betul, komplen betul-betul, dan bentuk sistem ni sama-sama dengan kami. Sebagai balasan: harga separuh — dan ia kekal, bukan promosi sebulan dua.
RM19 sebulan, selagi anda melanggan. Bila harga naik untuk orang lain nanti, harga anda tak berubah.
Sesi setup sekali dengan kami — datang ladang kalau dekat, atau atas panggilan video. Data lama anda, kami tolong pindahkan.
Ada benda tak jalan, ada idea, ada soalan — mesej terus orang yang tulis sistem ni. Bukan tiket support.
Bila direktori penternak dibuka penuh, ladang Pioneer disenaraikan di hadapan. Percuma, kekal.
Ciri yang Pioneer minta, kami buat dulu. Sistem ni akan jadi macam mana penternak nak, bukan macam mana kami sangka.
Tanda pada profil ladang anda — antara yang mula-mula, masa kami belum ada nama.
Perjanjian dua pihak
Anda komit setahun — RM228, bayar sekali. Kami komit buat eTernak jadi alat yang anda bangga tunjuk pada kawan penternak lain. Kalau dalam 14 hari pertama rasa tak kena, kami pulangkan duit, tiada soal.
10 tempat · siapa cepat · jaminan pulangan wang 14 hari
Direktori Penternak Malaysia
Orang cari kambing korban, lembu kenduri, ayam kampung untuk kedai makan — selalunya dorang tanya kawan, sebab tak tahu nak cari kat mana. Direktori ni senaraikan penternak ikut negeri dan jenis ternakan, supaya pembeli jumpa terus, hubungi terus.
Kedai online anda dalam eTernak masuk terus ke direktori — tak perlu daftar dua kali atau isi borang lain.
Nak kambing korban? Lembu untuk kenduri? Ayam kampung bekalan kedai? Cari penternak berhampiran dan berurusan terus — tanpa orang tengah.
Harga
Cuba dulu 14 hari, percuma. Suka, baru bayar. Tak suka, tak payah buat apa-apa — trial tamat sendiri.
Untuk 10 penternak pertama.
RM19 /bulan, kekal
Harga biasa RM39/bulan
Komitmen setahun · RM228 bayar sekali · jimat RM240 setahun
Untuk ladang kecil & mula-mula.
RM39 /bulan
Atau RM390 setahun (jimat RM78)
Untuk ladang yang dah berniaga.
RM99 /bulan
Atau RM990 setahun (jimat RM198)
Semua pelan: 14 hari percubaan · daftar tanpa kad kredit · batal bila-bila masa
Soalan Lazim
Tak. Daftar, guna 14 hari, lepas tu baru fikir nak langgan ke tak. Kalau tak jadi langgan, data anda kekal — cuma tak boleh tambah rekod baru sampai anda aktifkan semula.
Kalau sistem anda sekarang jalan elok, teruskan — serius. Tapi kalau anda pernah terlepas jadual vaksin, atau tak boleh jawab "batch ni untung berapa" tanpa kira sejam, itu tanda rekod manual dah tak cukup. eTernak buat kerja kira tu untuk anda.
Memang tak. Ayam, itik, ikan — rekod ikut kawanan: masuk 500, mati 12, jual 300. Sistem jaga bakinya. Rekod seekor-seekor tu untuk kambing dan lembu, yang setiap ekor ada nilai sendiri.
Boleh. Jemput pekerja masuk, bagi tugasan pada dia — dia nampak tugasan dia sahaja, siapkan dengan gambar bukti, anda dapat notifikasi. Rekod kewangan dan tetapan kekal dengan anda.
Rekod ladang anda hanya boleh dilihat oleh anda dan orang yang anda jemput. Bila-bila masa anda boleh eksport semua ke Excel — data tu milik anda, bukan milik kami.
Kalau anda boleh hantar gambar kat WhatsApp, anda boleh guna eTernak. Butang besar, Bahasa Melayu, semua benda penting tak sampai tiga tekan. Dan kalau tersangkut, WhatsApp kami — kami tolong.
Masukkan beberapa ekor, rekod seminggu, tengok sendiri sama ada hidup anda jadi senang. Kalau ya, jadi Pioneer — harga separuh, kekal, dan kami sendiri tolong setup ladang anda.
Pioneer: RM228 setahun · Percubaan: 14 hari, tanpa kad kredit