Rekod Ladang MyGAP Secara Digital
MyGAP (Malaysian Good Agricultural Practice) ialah skim pensijilan amalan ladang yang baik. Semasa audit, pemeriksa biasanya mahu melihat rekod ladang yang lengkap dan bertarikh. Halaman ini menyenaraikan rekod yang biasa diminta, contoh format buku rekod, dan cara menyimpannya dalam telefon.
Senarai di bawah ialah panduan umum. Keperluan tepat berbeza mengikut jenis ladang dan agensi — sentiasa sahkan dengan pegawai DVS (ternakan) atau Jabatan Perikanan (akuakultur) negeri anda.
Senarai semak rekod ladang
Rekod yang biasa diminta semasa audit, dan di mana ia disimpan dalam eTernak:
| Jenis rekod | Apa yang dicatat | Dalam eTernak |
|---|---|---|
| Inventori ternakan | Senarai ternakan atau kawanan, tarikh masuk, sumber (beli/lahir), tag pengenalan. | ✓ Penuh |
| Rawatan & ubat | Tarikh, ternakan dirawat, nama ubat, dos dan siapa yang memberi rawatan. | ✓ Penuh |
| Program vaksin | Jadual vaksin, tarikh diberi dan ternakan yang terlibat. | ✓ Penuh, dengan jadual automatik |
| Kematian & pelupusan | Tarikh, bilangan, punca jika diketahui, dan cara bangkai dilupuskan. | Tarikh & bilangan; punca dalam catatan kawanan |
| Makanan & bahan input | Pembelian dan penggunaan makanan ternakan, pembekal dan kuantiti. | ✓ Inventori makanan |
| Jualan & kebolehkesanan | Ke mana ternakan atau hasil dijual, tarikh dan kuantiti. | ✓ Jualan & pelanggan |
| Pembersihan & biosekuriti | Tarikh kerja pembersihan kandang, nyahkuman dan kawalan perosak. | Sebagai tugasan dengan gambar bukti |
| Sijil & dokumen | Sijil ladang, lesen dan tarikh luputnya. | ✓ Dengan amaran luput |
Contoh rekod ladang: rawatan & vaksin
Ini contoh format yang ramai penternak gunakan dalam buku rekod. Dalam eTernak, setiap baris dicipta automatik bila anda tanda tugasan vaksin sebagai siap.
| Tarikh | Tag / kawanan | Jenis | Ubat / vaksin | Dos | Oleh |
|---|---|---|---|---|---|
| 03/03/2026 | KB-014 | Vaksin | Enterotoxaemia | 2 ml | Ali |
| 03/03/2026 | KB-015 | Vaksin | Enterotoxaemia | 2 ml | Ali |
| 17/03/2026 | Kandang A (22 ekor) | Ubat cacing | Albendazole | Ikut berat | Siti |
Contoh sahaja — bukan cadangan rawatan. Ikut nasihat doktor veterinar untuk ubat dan dos.
Buku rekod kertas vs rekod digital
Buku rekod kertas
- • Mudah rosak, basah atau hilang di ladang
- • Susah cari rekod lama bila pemeriksa tanya
- • Tiada peringatan bila vaksin atau sijil hampir tamat
Rekod digital eTernak
- ✓ Setiap rekod bertarikh dan tersimpan selamat
- ✓ Cari mengikut ternakan, tarikh atau jenis rawatan
- ✓ Amaran sebelum sijil Halal, MyGAP, MeSTI atau VHM luput
- ✓ Eksport ke Excel untuk diserahkan semasa audit
Soalan lazim
Apa itu rekod ladang MyGAP?
Rekod ladang MyGAP ialah catatan bertarikh tentang aktiviti ladang — ternakan, rawatan, vaksin, kematian, makanan dan jualan — yang menunjukkan ladang diurus mengikut amalan baik dan boleh dikesan semasa audit pensijilan.
Boleh guna rekod digital untuk audit MyGAP?
Rekod digital yang lengkap, bertarikh dan boleh dicetak atau dieksport biasanya lebih kemas daripada buku tulisan tangan. Sahkan format yang diterima dengan pegawai pemeriksa anda.
Agensi mana yang mengendalikan MyGAP ternakan?
Keperluan berbeza mengikut jenis ladang. Bagi ternakan, rujuk Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) negeri anda; bagi akuakultur, rujuk Jabatan Perikanan Malaysia.
Adakah eTernak disahkan oleh MyGAP?
Tidak. eTernak ialah alat untuk menyimpan rekod ladang secara digital. Pensijilan MyGAP diberikan kepada ladang oleh agensi kerajaan selepas audit, bukan kepada perisian.
Rekod perlu disimpan berapa lama?
Tempoh simpanan bergantung pada keperluan skim dan agensi. Dengan rekod digital, sejarah ladang anda tidak hilang dan boleh dirujuk bila-bila masa.
Bacaan berkaitan
Sedia untuk audit tanpa selak buku lama
Cuba eTernak 14 hari dengan semua ciri dibuka. Tiada kad kredit. Lepas tu, pelan Permulaan kekal percuma.